Blog ini diwujudkan untuk memaparkan sebarang aktiviti hidupku yang dirasakan perlu untuk diingati dan artikel-artikel yang menarik untuk aku baca samada diperolehi melalui email ataupun yang aku cari. Sebarang pencerahan mohon ditinggalkan di ruang komentar. Jazakallahu khairan jaza'.

Saturday, October 24, 2009

Ujian dan Iman

Offline mesej : ctadibah_89


Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu. Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosanya.. SUBHANALLAH..

BIODATA RASULULLAH SAW




email : shab792@yahoo.com


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1.. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



Doaku PadaNya




"Bismillahhirrahmannirrahim
Ya
Allah...
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Tercipta buatku.. dekatkanlah ia padaku
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera

Tetapi


Ya Allah...
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatan ku dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang bersama senja merah dan gelap pekat awan
Agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya

dan

Ya Allah Tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah meski tiadakan sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu
Sesungguhnya
Takdir Mu itu yang terbaik buatku
kerana Engkau Tuhanku
Itu yang terbaik buatku Yang Maha Mengetahui Segala yang Terbaik

Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat
Dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Membimbingku ke jalan yang Engkau redhai
dan
Kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh....


Amin..Amin Ya Rabbal `Aalamin"



sumber: tranungkite



Saturday, October 10, 2009

Alahai KD..



Sejak akhir-akhir ini, akhbar-akhbar di Malaysia sering memuatkan dua huruf yang bersambungan ini iaitu K dan D..

Bagi aku la..KD tu Ketua Darjah, Ketua Dorm.. Kelab Dangdut?..Astaghfirullah

Dan aku baca kosmo hari ni memuatkan berita ttg dua KD

Apakah dua KD tu ye?

Meh..baca sini..

Satu KD melibatkan harta 'kita' yang terbakar semalam..dan terbakar lagi hari ni..berapa banyak terbakar da..Ke ni dah expired?.. Malas nak citer panjang, korang bacalah ye...


Bara api kapal TLDM belum padam - KD Sri Inderapura terus diselubungi asap tebal, ditunda ke tengah laut



SEBUAH pesawat amfibia cuba melepaskan air ke atas kapal KD Sri Inderapura yang kembali marak terbakar kira-kira satu batu nautika dari Pangkalan TLDM Lumut semalam.

LUMUT - Orang ramai khususnya penumpang feri Lumut-Pulau Pangkor di sini gempar lagi semalam apabila melihat KD Sri Inderapura, kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar pagi kelmarin, kembali marak dijilat api.

Kepulan asap tebal dari KD Sri Inderapura itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer walaupun kapal tersebut ditunda ke tengah laut.

Pada masa yang sama kelihatan sebuah pesawat amfibia Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan air dari udara bagi memadamkan kebakaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan di Bagan Datoh semalam menjelaskan ia bukanlah kebakaran baru.

"Ia adalah saki-baki bara kebakaran semalam (kelmarin) dan langkah mengawal kebakaran sedang diambil oleh TLDM," katanya.

Beliau juga menafikan faktor kecuaian atau sabotaj menjadi punca kejadian yang memusnahkan sebahagian besar kapal berusia 40 tahun itu.

"Siasatan kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas, maklum sahajalah kapal itu sudah pun berusia lebih 40 tahun," katanya.


Ha..yang aku bold tu yang sodap nak ulas...haha..barang kalo dah 40 tahun, dah terlalu expired..kalo manusia la kan, makin lama, makin berharga..ye ke?..Bagi aku la yang suka berkata-kata ni (bukan suka menulis ye).. orang alim ulama' dan ilmuan je yang makin tua, makin berharga.. Kalo yang lain tu, yang kaki rasuah ke kaki penipu tu..buat apa la simpan lama-lama. Sumbat je dalam 'stor'.


Tu KD pertama..jom jengah KD kedua lak..Macam2..

Pasal KD kedua ni, sebenarnya buang karan je kalo nak amik tahu

Tak dak faedahnya...Dah korang baca, aku terpaksa letak la jugak..

Tapi, aku letak nama dia je la..

Korang semua cari sendiri kat internet la ttg dia..

So, KD ni ialah Kris Dayanti

Artis..biasalah..kawin cerai ni dah sebati ngan depa

Kahwin kerana nafsu ke atau kerana nak tunjuk2 ke atau kerana?

Aku tanya je..bukan nak tuduh2..

Oklah..tu je aku nak habaq..




Friday, October 9, 2009

NASA Attacks the Moon Today



by Mike Krumboltz

The Moon

Has a hyperactive five-year-old taken over as the director of NASA? It sure seems like it. On Friday morning, an unmanned spacecraft launched in June will crash into the moon's surface. On purpose.

Anyone not named Michael Bay is likely to ask why. Here's the answer: NASA wants to know if the twin impacts of the Lunar Crater Observation and its Sensing Satellite (LCROSS) will reveal any ice or water under the moon's surface.

Finding out shouldn't be an issue. When the twin crafts hit the lunar surface at around 6,000 mph, NASA expects "plumes of moon dust — perhaps full of ice — (to soar) 6.2 miles high above the moon's Cabeus crater."

Anticipation among the earthbound is running high. Lookups on "nasa moon bombing" are scorching the search box. Related queries on "nasa.gov" and "NASA moon mission" are also rocketing skywards. More than a few folks are wondering how much the soon-to-be-destroyed LCROSS costs. Answer: $79 million, according to Christian Science Monitor.


dan dalam KOSMO..


NASA 'letupkan' bulan hari ini

(Jumaat, 9 Okt. 2009)


LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).


WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan hari ini.

Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau.

Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.

Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk.

Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua.

Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.

Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.

"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.

Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari.

Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.

"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.

Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. - Agensi



Tazkirah Jumaat - Bacalah al-Quran



email: shab792@yahoo.com

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

(mohon pencerahan terhadap matan hadith)

Calon atau Parti ?




Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri

Azamin Amin

Fri | Oct 09, 09 | 8:15:04 am MYT


TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)

Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan �berperang� antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini. _




Tulang Rusuk..Mencari Yang Sempurna



email: shab792@yahoo.com

UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....


KISAH YANG PENUH IKTIBAR, SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADANYA.

WANITA: MENURUT KAMU, SAYA INI SIAPA?
LELAKI: (BERFIKIR SEJENAK, LALU MENATAP WANITA DENGAN PASTI) KAMU, TULANG RUSUKKU!
KERANA ALLAH MELIHAT BAHAWA ADAM KESEPIAN. SAAT ADAM SEDANG LENA TIDUR,
ALLAH MENGAMBIL RUSUK ADAM DAN MENCIPTAKAN HAWA.

SEMUA LELAKI MENCARI? TULANG RUSUKNYA YANG HILANG DAN SAAT MENEMUKAN WANITA UNTUKNYA, TIDAK LAGI
MERASAKAN SAKIT DI HATINYA.... SETELAH BERKAHWIN, PASANGAN ITU MENGALAMI MASA YANG INDAH DAN MANIS UNTUK
SEMENTARA. SETELAH ITU, PASANGAN MUDA INI MULAI TENGGELAM DALAM? KESIBUKAN MASING-MASING
DAN KELELAHAN HIDUP YANG ADA .

HIDUP MEREKA MENJADI MEMBOSANKAN. .. KENYATAAN HIDUP YANG KEJAM MEMBUAT MEREKA MULAI MENYISIHKAN IMPIAN
DAN CINTA SATU SAMA LAIN. MEREKA MULAI BERTENGKAR DAN PERTENGKARAN ITU MULAI MENJADI SEMAKIN PANAS..

PADA SUATU HARI PADA AKHIR SEBUAH PERTENGKARAN WANITA LARI KELUAR RUMAH. SAAT TIBA DI SEBERANG JALAN,
DIA BERTERIAK 'KAMU TIDAK CINTAKAN SAYA LAGI!!!'. LELAKI SANGAT MEMBENCI KETIDAKDEWASAAN WANITA DAN SECARA
SPONTAN JUGA BERTERIAK 'SAYA MENYESALI PERKAHWINAN INI! KAMU, TERNYATA BUKAN TULANG RUSUKKU!!!'

TIBA-TIBA WANITA TERDIAM, DAN BERDIRI KAKU UNTUK BEBERAPA SAAT. LELAKI MENYESALI AKAN APA YANG SUDAH
DIA LAFAZKAN, TETAPI SEPERTI AIR YANG TELAH TERTUMPAH TIDAK MUNGKIN UNTUK DICEDUK KEMBALI. DENGAN
BERLINANG AIR MATA, WANITA KEMBALI KE RUMAH DAN MENGAMBIL BARANG-BARANGNYA, BERTEKAD UNTUK BERPISAH.
'KALAU SAYA BUKAN TULANG RUSUKMU, BIARKAN SAYA PERGI? BIARKAN KITA BERPISAH DAN MENCARI PASANGAN SEJATI
MASING-MASING' .

LIMA TAHUN BERLALU.
LELAKI MASIH BELUM LAGI BERKAHWIN, TETAPI BERUSAHA MENCARI KHABAR AKAN KEHIDUPAN WANITA. WANITA PERNAH
KE LUAR NEGERI TETAPI SUDAH KEMBALI. DIA PERNAH BERKAHWIN DENGAN SEORANG ASING DAN BERCERAI. LELAKI AGAK
KECEWA BILA MENGETAHUI WANITA TIDAK MENUNGGU SEPERTINYA.

DAN DI TENGAH MALAM YANG SUNYI, DIA MEMINUM KOPINYA DAN MERASAKAN SAKIT DI HATINYA. TETAPI LELAKI TIDAK
SANGGUP MENGAKUI BAHAWA DIA MERINDUKAN WANITA. SUATU HARI, MEREKA AKHIRNYA BERTEMU KEMBALI. DI AIRPORT,
TEMPAT DI MANA BANYAK TERJADI PERTEMUAN DAN PERPISAHAN, MEREKA DIPISAHKAN HANYA OLEH SEBUAH DINDING PEMBATAS.

LELAKI: APA KHABAR?
WANITA: BAIK..... KAMU SUDAH MENEMUI TULANG RUSUKMU YANG HILANG?
LELAKI: BELUM.
WANITA: SAYA AKAN TERBANG KE NEW YORK DENGAN PENERBANGAN BERIKUT.
LELAKI: SAYA AKAN KEMBALI 2 MINGGU LAGI. TELEFON SAYA KALAU KAMU BERKESEMPATAN.
KAMU TAHU NOMBOR TELEPON SAYA KAN ? TIDAK ADA YANG BERUBAH.
WANITA TERSENYUM MANIS, BERLALU DI HUJUNG LAFAZ 'SELAMAT TINGGAL..'


SATU MINGGU KEMUDIAN, LELAKI MENERIMA KHABAR WANITA ADALAH SALAH SEORANG KORBAN MENARA WTC...
MALAM ITU, SEKALI LAGI, LELAKI MENEGUK KOPINYA DAN? KEMBALI MERASAKAN SAKIT DIHATINYA. AKHIRNYA DIA SEDAR
BAHWA SAKIT ITU ADALAH KERANA WANITA,TULANG RUSUKNYA SENDIRI YANG TELAH DENGAN BODOHNYA DIA PATAHKAN.

KITA MENEMPIASKAN 99% KEMARAHAN WALAU KEPADA ORANG YANG PALING KITA CINTAI. DAN AKIBATNYA ADALAH
PENYESALAN. SERINGKALI PENYESALAN ITU DATANG DI KEMUDIANNYA, AKIBATNYA SETELAH KITA MENYEDARI KESALAHAN
KITA, SEMUA SUDAH TERLAMBAT...

KERANA ITU, JAGALAH DAN SAYANGILAH ORANG YANG DICINTAI DENGAN SEPENUH HATI...
SEBELUM MENGUCAPKAN SESUATU BERFIKIRLAH DAHULU, APAKAH KATA-KATA YANG KAU UCAPKAN AKAN MENYAKITI
ORANG YANG DICINTAI, KIRA MERASAKAN AKAN MENYAKITINYA, SEBAIKNYA JANGAN PERNAH DILAFAZKAN. KERANA
SEMAKIN BESAR RISIKO UNTUK KEHILANGAN ORANG YANG DICINTAI.
JADI BERFIKIRLAH, APAKAH KATA-KATA YANG AKAN DILAFAZKAN SEBANDING DENGAN AKIBAT YANG AKAN DITERIMA

Sangat baik untuk direnungkan....


TAK PERLU RUMAHTANGGA SEINDAH NABI ADAM,JIKA TIDAK PANDAI MENGHARGAI HAWA,


TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS, JIKA DIRI TAK SEINDAH NABI SULAIMAN,


MENGAPA MENGHARAP TEMAN SETAMPAN NABI YUSUF,JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA,


TAK PERLU DIRI MENJADI SETEGUH NABI IBRAHIM, JIKA TAK SEKUAT HAJAR,


MENGAPA DIDAMBA TEMAN HIDUP SE-ISTIMEWA SITI KHADIJAH, JIKA DIRI TAK SE-SEMPURNA RASULULLAH S.A.W