Blog ini diwujudkan untuk memaparkan sebarang aktiviti hidupku yang dirasakan perlu untuk diingati dan artikel-artikel yang menarik untuk aku baca samada diperolehi melalui email ataupun yang aku cari. Sebarang pencerahan mohon ditinggalkan di ruang komentar. Jazakallahu khairan jaza'.

Wednesday, April 28, 2010

Bahtera Nabi Nuh ditemui



Bahtera Nabi Nuh ditemui


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.



Tuesday, April 20, 2010

Kapal Abad ke-9


Kapal abad ke-9 tiba di Sri Lanka


GAMBAR menunjukkan kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad ke-9 tiba di Galle semalam.


GALLE - Sebuah kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad kesembilan berlabuh di sini, Sri Lanka semalam selepas belayar dari Muscat, Oman.

Kapal itu yang dibina secara tradisional tanpa menggunakan paku berlepas dari Oman pada 15 Februari lalu dengan mengikuti laluan pedagang-pedagang Arab ke timur Asia.

Hentian terakhir kapal tersebut yang dikenali sebagai Permata Muscat itu ialah di pelabuhan Singapura pada Julai tahun ini. - Agensi