Blog ini diwujudkan untuk memaparkan sebarang aktiviti hidupku yang dirasakan perlu untuk diingati dan artikel-artikel yang menarik untuk aku baca samada diperolehi melalui email ataupun yang aku cari. Sebarang pencerahan mohon ditinggalkan di ruang komentar. Jazakallahu khairan jaza'.

Wednesday, April 28, 2010

Bahtera Nabi Nuh ditemui



Bahtera Nabi Nuh ditemui


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.



Tuesday, April 20, 2010

Kapal Abad ke-9


Kapal abad ke-9 tiba di Sri Lanka


GAMBAR menunjukkan kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad ke-9 tiba di Galle semalam.


GALLE - Sebuah kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad kesembilan berlabuh di sini, Sri Lanka semalam selepas belayar dari Muscat, Oman.

Kapal itu yang dibina secara tradisional tanpa menggunakan paku berlepas dari Oman pada 15 Februari lalu dengan mengikuti laluan pedagang-pedagang Arab ke timur Asia.

Hentian terakhir kapal tersebut yang dikenali sebagai Permata Muscat itu ialah di pelabuhan Singapura pada Julai tahun ini. - Agensi



Monday, March 29, 2010

Night Jogathon 2010






Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 22 MPKj, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dan Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech akan mengadakan Program Night Jogathon Belia 2009/2010 seperti ketentuan yang berikut:-

Tarikh : 3 April 2010 (Sabtu)
Masa : 4.00 p.m –11.30 p.m
Tempat : Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Bangi
(berdekatan dengan stesen Komuter UKM)



PENGISIAN PROGRAM

Ø Program Night Jogathon Belia

Ø Karnival Jualan Amal

Ø Forum Belia “ Seks di Usia Remaja”

Ø Pameran Pendidikan

Ø Pertandingan Mewarna

Ø Pertandingan Cube Rubic

Ø Persembahan Kebudayaan


TENTATIF

PROGRAM NIGHT JOGATHON BELIA 2009/2010


3 APRIL 2010 ( SABTU)


4.00 pm Karnival jualan Amal

Pameran Pendidikan

Pendaftaran pertandingan mewarna kanak-kanak / Cube Rubic/ Jogathon

5.00 pm Forum mengenai “Seks di Usia Remaja”

6.00 pm Pertandingan Mewarna

Pertandingan Cube Rubic

8.00 p.m Ucapan Perasmian Oleh Y.B. Dr. Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi

8.30 p.m Lawatan ke tapak jualan dan pameran

Pelepasan larian Night Jogathon Belia 2009/2010

9.00 p.m Persembahan Kebudayaan

11.00 p.m Penyampaian Hadiah

11.30 p.m Minum malam/Bersurai



Hadiah yang lumayan...


Hadiah Night Jogathon


Ø Pertama

RM450 (tunai) + RM50 (hamper) x 2 kategori

Ø Kedua

RM350 (tunai) + RM40 (hamper) x 2 kategori

Ø Ketiga

RM250 (tunai) + RM30 (hamper) x 2 kategori

Ø Keempat-Kesepuluh

RM100 (tunai) x 3 peserta x 2 kategori

RM 50 (tunai) x 4 peserta x 2 kategori


Hadiah Pertandingan Mewarna


Ø Pertama

Hamper (RM100)

Ø Kedua

Hamper (RM75)

Ø Ketiga

Hamper (RM50)

Ø Saguhati

Cenderamata (RM5 x 40 orang)


Hadiah Pertandingan Cube Rubic


Ø Pertama

Hamper (RM100)

Ø Kedua

Hamper (RM75)

Ø Ketiga

Hamper (RM50)

Ø Saguhati

Cenderamata (RM20 x 7 orang)


Pendaftaran boleh dibuat semasa berlangsungnya program. Bagi pertandingan jogathon, 200 peserta pertama akan mendapat t-shirt percuma.


Hubungi, Pengarah Program, En. Fahmi 013-6248084



Sunday, February 21, 2010

Cabaran Menaip


Saya dapat no 48 dari 4356 orang penaip.



65 perkataan

Speed test