


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.
![]() |
| GAMBAR menunjukkan kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad ke-9 tiba di Galle semalam. |
GALLE - Sebuah kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad kesembilan berlabuh di sini, Sri Lanka semalam selepas belayar dari Muscat, Oman.
Kapal itu yang dibina secara tradisional tanpa menggunakan paku berlepas dari Oman pada 15 Februari lalu dengan mengikuti laluan pedagang-pedagang Arab ke timur Asia.
Hentian terakhir kapal tersebut yang dikenali sebagai Permata Muscat itu ialah di pelabuhan Singapura pada Julai tahun ini. - Agensi
Ø Program Night Jogathon Belia
Ø Karnival Jualan Amal
Ø Forum Belia “ Seks di Usia Remaja”
Ø Pameran Pendidikan
Ø Pertandingan Mewarna
Ø Pertandingan Cube Rubic
Ø Persembahan Kebudayaan
TENTATIF
PROGRAM NIGHT JOGATHON BELIA 2009/2010
3 APRIL 2010 ( SABTU)
4.00 pm Karnival jualan Amal
Pameran Pendidikan
Pendaftaran pertandingan mewarna kanak-kanak / Cube Rubic/ Jogathon
5.00 pm Forum mengenai “Seks di Usia Remaja”
6.00 pm Pertandingan Mewarna
Pertandingan Cube Rubic
8.00 p.m Ucapan Perasmian Oleh Y.B. Dr. Shafie bin Abu Bakar
8.30 p.m Lawatan ke tapak jualan dan pameran
Pelepasan larian Night Jogathon Belia 2009/2010
9.00 p.m Persembahan Kebudayaan
11.00 p.m Penyampaian Hadiah
11.30 p.m Minum malam/Bersurai
Hadiah yang lumayan...
| Hadiah Night Jogathon | |
| Ø Pertama | RM450 (tunai) + RM50 (hamper) x 2 kategori |
| Ø Kedua | RM350 (tunai) + RM40 (hamper) x 2 kategori |
| Ø Ketiga | RM250 (tunai) + RM30 (hamper) x 2 kategori |
| Ø Keempat-Kesepuluh | RM100 (tunai) x 3 peserta x 2 kategori RM 50 (tunai) x 4 peserta x 2 kategori |
|
Hadiah Pertandingan Mewarna | |
| Ø Pertama | Hamper (RM100) |
| Ø Kedua | Hamper (RM75) |
| Ø Ketiga | Hamper (RM50) |
| Ø Saguhati | Cenderamata (RM5 x 40 orang) |
|
Hadiah Pertandingan Cube Rubic | |
| Ø Pertama | Hamper (RM100) |
| Ø Kedua | Hamper (RM75) |
| Ø Ketiga | Hamper (RM50) |
| Ø Saguhati | Cenderamata (RM20 x 7 orang) |
Pendaftaran boleh dibuat semasa berlangsungnya program. Bagi pertandingan jogathon, 200 peserta pertama akan mendapat t-shirt percuma.
Hubungi, Pengarah Program, En. Fahmi 013-6248084