Blog ini diwujudkan untuk memaparkan sebarang aktiviti hidupku yang dirasakan perlu untuk diingati dan artikel-artikel yang menarik untuk aku baca samada diperolehi melalui email ataupun yang aku cari. Sebarang pencerahan mohon ditinggalkan di ruang komentar. Jazakallahu khairan jaza'.

Saturday, October 10, 2009

Alahai KD..



Sejak akhir-akhir ini, akhbar-akhbar di Malaysia sering memuatkan dua huruf yang bersambungan ini iaitu K dan D..

Bagi aku la..KD tu Ketua Darjah, Ketua Dorm.. Kelab Dangdut?..Astaghfirullah

Dan aku baca kosmo hari ni memuatkan berita ttg dua KD

Apakah dua KD tu ye?

Meh..baca sini..

Satu KD melibatkan harta 'kita' yang terbakar semalam..dan terbakar lagi hari ni..berapa banyak terbakar da..Ke ni dah expired?.. Malas nak citer panjang, korang bacalah ye...


Bara api kapal TLDM belum padam - KD Sri Inderapura terus diselubungi asap tebal, ditunda ke tengah laut



SEBUAH pesawat amfibia cuba melepaskan air ke atas kapal KD Sri Inderapura yang kembali marak terbakar kira-kira satu batu nautika dari Pangkalan TLDM Lumut semalam.

LUMUT - Orang ramai khususnya penumpang feri Lumut-Pulau Pangkor di sini gempar lagi semalam apabila melihat KD Sri Inderapura, kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar pagi kelmarin, kembali marak dijilat api.

Kepulan asap tebal dari KD Sri Inderapura itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer walaupun kapal tersebut ditunda ke tengah laut.

Pada masa yang sama kelihatan sebuah pesawat amfibia Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan air dari udara bagi memadamkan kebakaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan di Bagan Datoh semalam menjelaskan ia bukanlah kebakaran baru.

"Ia adalah saki-baki bara kebakaran semalam (kelmarin) dan langkah mengawal kebakaran sedang diambil oleh TLDM," katanya.

Beliau juga menafikan faktor kecuaian atau sabotaj menjadi punca kejadian yang memusnahkan sebahagian besar kapal berusia 40 tahun itu.

"Siasatan kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas, maklum sahajalah kapal itu sudah pun berusia lebih 40 tahun," katanya.


Ha..yang aku bold tu yang sodap nak ulas...haha..barang kalo dah 40 tahun, dah terlalu expired..kalo manusia la kan, makin lama, makin berharga..ye ke?..Bagi aku la yang suka berkata-kata ni (bukan suka menulis ye).. orang alim ulama' dan ilmuan je yang makin tua, makin berharga.. Kalo yang lain tu, yang kaki rasuah ke kaki penipu tu..buat apa la simpan lama-lama. Sumbat je dalam 'stor'.


Tu KD pertama..jom jengah KD kedua lak..Macam2..

Pasal KD kedua ni, sebenarnya buang karan je kalo nak amik tahu

Tak dak faedahnya...Dah korang baca, aku terpaksa letak la jugak..

Tapi, aku letak nama dia je la..

Korang semua cari sendiri kat internet la ttg dia..

So, KD ni ialah Kris Dayanti

Artis..biasalah..kawin cerai ni dah sebati ngan depa

Kahwin kerana nafsu ke atau kerana nak tunjuk2 ke atau kerana?

Aku tanya je..bukan nak tuduh2..

Oklah..tu je aku nak habaq..




No comments: